Sistem pelincirin boleh di anggap sebagai di antara sistem terpenting di dalam sesebuah enjin. Tanpa pelinciran yang mencukupi dan sesuai akan menyebabkan beberapa kerosakan pada enjin seperti selinder tercalar dan bearing haus dengan cepat.
Jenis-Jenis Sistem Pelinciran
1.Jenis Simbah2.Jenis Daya Bekal/Tekanan.
3.Jenis Gabungan Simbah Dan Tekanan
Minyak Pelincir
• Minyak pelincir adalah sebagai bahan yang meminimumkan geseran di antara permukaan bergerak.
Sifat Minyak Pelincir.
• Minyak pelincir mestilah mempunyai kelikatan yang betul dan mestilah mencegah pembentukan karbon,
pengoksidaan, karat, hakisan, haus, pembentukan asid dan menghapuskan pembusaan.
• Ia juga bertindak sebagai agen pencuci, mestilah boleh dituang pada suhu rendah, dan mesti mempunyai kelikatan khas pada suhu rendah dan tinggi.
• Minyak mentah tidak mempunyai semua sifat tersebut.Oleh itu pengilang minyak pelincir menambahkan bahan tambahan ke dalam minyak semasa berlaku proses mengilang.Bahan tambahan seperti :
1.memperbaiki indeks kelikatan.
2.bahan penurun takat tuang.
3.perencat pengoksidaan.
4.perencat hakisan.
5.perencat pembusaan.
6.Pengemburan bahan cuci.
7.Bahan penentang asid.
Kelikatan
• Kelikatan ialah sukatan rintangan sesuatu cecair terhadap pengalirannya.Kelikatan merangkumi dua aspek iaitu :
a. Kejasadan : iaitu rintangan lapisan minyak terhadap cucukan atau penusukan.Ia diistilahkan dengan sifat kelikatan minyak.
b. Kebendaliran : ialah keadaan bagaimana mudahnya minyak mengalir .Ia diistilahkan dengan sifat lekatan minyak.
Kadar Kelikatan
• Persatuan Jurutrera Automotif menggunakan meter likat sejagat Saybolt ( Saybolt universal viscometer ) (lihat rajah dibawah) untuk mencatat masa yang diambil bagi contoh minyak sebanyak 60 millileter mengalir masuk ke dalam takungan bersuhu 99 C.
• Minyak juga diuji pada suhu 38 C.Masa yang diperlukan untuk minyak 60 ml mengalir ke dalam takungan menunjukkan kelikatan minyak dalam kiraan saat Saybolt (S.S) pada takat suhu tersebut.
• Persatuan Jurutera Automotif mengkadarkan kelikatakan minyak dalam dua cara iaitu untuk musim sejuk dan bukan sejuk.
• Minyak musim sejuk digredkan dalam suhu – 18 Cdan 99 C.
• Terdapat tiga gred minyak iaitu SAE 5W, SAE 10W dan SAE 20W, huruf W diakhiran menunjukkan musim sejuk.
• Bagi minyak berakhiran W masa minimum pada suhu 99 C ialah 39 SUS.Minyak akhiran W adalah sesuai untuk iklim Artik dan iklim sederhana,kerana ia tetap bbendalir walaupun pada suhu rendah.
• Gred minyak lain yang bukan musin sejuk adalah seperti SAE 20, SAE 30, SAE 40 dan SAE 50.Kesemuanya tidak mempunyai huruf pada akhirannya.
Indeks kelikatan
• Sebagaimana yang telah kita fahami iaitu sifat kejasadan berkurangan tetapi sifat kebendaliran akan bertambah apabila suhu ditambah.
• Indeks kelikatan (I.K) menunjukkan kepayahan sifat kejasadan dan sifat kebendaliran sesuatu minyak berubah apabila suhu berubah .
• Skala I.K bermula dari 0 pada takat kelikatan minyak berubah dengan jumlahnya apabila suhu berubah, dan berakhir pada 300 iaitu takat kelikatan minyak tidak banyak berubah dari suhu rendah ke suhu tinggi.
• Minyak yang mempunyai I.K tinggi boleh memenuhi lebih daripada satu penjenisan SAE.
• Minyak yang mempunyai I.K kurang daripada 150 akan memenuhi penentuan bagi SAE 10W, SAE 10, SAE 20 dan SAE 30.
• Minyak yang mempunyai kelikatan berbagai-bagai takungannya ditanda SAE 10W-30.
Minyak Pelincir dengan Pengelasan API
• Pusat Piawaian Petroleum Amerika ( American Petroleum Institute ) atau nama ringkasnya API telah mereka satu kaedah pengelasan mengikut keadaan khidmat dan penggunaan minyak.
• API mengelaskan ke dalam dua kategori khidmat iaitu S untuk kategori enjin petrol atau enjin penyalaan percikan bunga api sementara huruf kedua berkadar dari A ke F.
• Kategori kedua ialah bermula dengan huruf C yang memberi makna minyak perdagangan atau minyak enjin untuk penyalaan mampatan sementara huruf kedua pula untuk perlakuannya.Ia berkadar dari A hingga D.
Penjenisan Rawatan Enjin API
1. SA – Rawatan enjin yang dijalankan dalam keadaan yang sederhana dan hanya dapat memberikan perlindungan yang minimum dengan campuran lain tidak perlu.Penjenisan ini tidak mempunyai keperluan pelaksanaan.
2. SB – Rawatan bagi enjin yang dikendali dalam keadaan sederhana yang mana hanya perlindungan minimum sahaja diperlukan.Minyak untuk rawatan ini boleh mencegah hentaman dan rintangan terhadap pengoksidaan minyak dan hakisan galas.
3. SC – Rawatan untuk enjin petrol model tahun 1964 – 1967 bagi kereta-kereta penumpang dan sebahagian lori yang dijalankan di bawah waranti pembuat enjin dalam tahun-tahun tersebut.Minyak dibuat dengan mengadakan kawalan terhdap perubahan suhu , mencegah haus, berkarat dan hakisan dalam enjin petrol.
4. SD – Rawatan untuk enjin petrol tahun 1968 – 1970 bagi kereta penumpang dan sesetengah lori di bawah waranti tahun-tahun tersebut.Minyak dibuat untuk rawatan memberi perlindungan yang lebih terhadap perbezaan di antara suhu tinggi dan rendah, haus, karat dan hakisan dalam enjin petrol berbanding dengan minyak yang memuaskan penjenisan SC.
5. SE – Rawatan untuk enjin model 1972.minyak dibuat untuk perlindungan terrhadap pengoksidaan minyak, mendapan enjin akibat suhu tinggi, karat dan hakisaan di dalam enjin petrol.
6. CA – Rawatan untuk enjin diesel yang dijalankan di bawah kerja ringan hingga sederhana menggunakan bahan api mutu tinggi dan kadangkala dimasukkan untuk enjin petrol kerja ringan.minyak memberi perlindungan hakisan galas dan mendapan akibat daripada suhu tinggi dalam enjin diesel.
7. CB – Rawatan untuk enjin diesel kerja ringan hingga sederhana tetapi menggunakan minyak bermutu rendah yang banyak memerlukan perlindungan haus dan mendapan.Minyak jenis ini memberi perlindungan hakisan galas dan mendapan akibat suhu tinggi dalam enjin diesel yang biasanya menyedut sendiri dan menggunakan bahan api sulfur tinggi.
8. CC – Rawatan untuk enjin diesel bercas tinggi yang menjalankan kerja sederhana hingga kerja berat dan termasuk enjin petrol kreja berat.Minyak ini memberi perlindungan mendapan akibat suhu tinggi dalam minyak diesel bercas tinggi, karat, hakisan dan mendapan suhu rendahdalam enjin petrol.
9. CD – Rawatn untuk enjin diesel bercas tertinggi yang dijalankan dalam keadaan lampau laju, kerja berat yang memerlukan kawalan berkesan dari karat dan mendapan.Minyak dibuat untuk rawatan prelindungan hakisan galas dan mendapan akibat suhu tinggi dalam enjin diesel bercas tertinggi apabila menggunakan bahan api berbagai-bagai mutu.
Minyak Pelincir 2-Lejang
Minyak enjin 2-lejang adalah sejenis minyak yang dibuat khas untuk kegunaan enjin 2-lejang.Ia dikenali sebagai minyak 2T.
Ciri Khas Minyak 2-Lejang
1. Pembakaran bersih : Minyak 2-Lejang sering terbakar dalam ruang pembakaran.Oleh itu minyak mestilah bersih bagi mencegah pembentukan karbon yang banyak di kepala omboh dan silinder.Minyak 2-lejang yang tidak bersih akan menyekat dan menyumbat liang pengambilan dan liang ekzos.Kesan ini menjadikan enjin hilang kuasa dan berprestasi rendah.
2. Mudah bercampur dengan bahan api petrol : Minyak 2-lejang biasanya dicampurkan terus dengan petrol.Dikira penting jika campuran minyak ini mempunyai sifat mudah campur sama rata dalam bahan api petrol.Untuk mencegah pembentukan karbon tinggi di dalam ruang pembakaran, maka kadar percampuran minyak tidak terlalu tebal.Jika terlalu rendah, bahagian-bahagian bergerak enjin akan cepat haus.Ciri-ciri ini menjadikan percampuran minyak 2-lejang tidaklah terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah ,sesuai dengan pelaksanaan dan keperluannya.
3. Kebolehan Melawan Hablur Sungut : Hablur sungut berlaku apabila zarah masuk dan melekat diantara elektrod tengah dan elektrod tepi plug pencucuh.Biasanya zarah ini adalah pengalir elektrik, maka apabila hablur sungut ini terbentuk, maka terjadilah litar pintas.Bagi mengurangkan hablur sungut, pembuat minyak 2-lejang telah mencipta bahan kimia khas yang boleh mencegah pembentukan mendapan plumbum.
Jangka Waktu Penggunaan
Jangka waktu penggunaannya juga adalah merupakan satu faktor yang diambil kira dalam Sistem Pelinciran.Ini adalah untuk membolehkan pengguna menggunakan minyak Pelincir dalam jangka masa yang tertentu.Jangka waktu penggantian minyak pelincir mestilah sesuai dengan petunjuk-petunjuk yang telah diberikan oleh pembuat kenderaan. Tetapi,pada umumnya penggantian minyak pelincir enjin kenderaan penumpang dilakukan pada setiap 5000 Km jarak perjalanan.Sedangkan untuk kenderaan berat seperti Bas dan Trak pula adalah pada setiap 3000 Km.Namun demikian hendaklah menggantikan minyak Pelincir apabila keadaannya sudah kurang memuaskan,meskipun jaraknya belum sampai.
Minyak pelincir enjin kenderaan yang sering dihidupkan dan dimatikan (di dalam kota) mesti lebih cepat diganti.Penggantian minyak pelincir hendaklah dilakukan semasa enjin dalam keadaan panas.Ini adalah kerana pada masa ini minyak pelincir yang sudah terpakai dengan mudah mengalir keluar dari enjin.Ini dapat dilakukan dengan membuka Bolt pengikat yang berada di bawah bekas engkol.
Rujukan:
1) http://duniaenjin.blogspot.com/2010/08/pengenalan-sistem-pelinciran.html
2) http://kemahiranmalaysia.site90.net/automotif/tahap-1/vehicle-periodic-maintanance
3) http://minyakenjin.blogspot.com/2013/06/sistem-pelinciran-minyak-pelincir.html
No comments:
Post a Comment